Friday 25 October 2013

AKTIVITI-AKTIVITI PANEL


1.Mesyuarat AJK Panel Penasihat Klinik Kesihatan Sg Rengit.
  • Dijalankan 3 bulan sekali
  • Untuk merancang program-program yang akan dijalankan 
  • Menilai keberkesanan program-program yang telah dijalankan 
  • Membincang dan menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa perlaksaan program


2. Gaya Hidup Sihat 
  • Senaman – setiap hari pagi jumaat di perkarangan klinik
  • Penglibatan ahli panel membantu anggota klinik dalam menjalankan kem-kem kesihatan.

WAWASAN DAN MISI


WAWASAN 


  • Panel Penasihat Kesihatan Sg Rengit memainkan peranan penting bagi menjadikan masyarakat yang sihat hasil daripada aktiviti yang dijalankan.  

  • Panel penasihat kesihatan juga memainkan peranan dalam aktiviti, kualiti, inovasi, promosi kesihatan serta mengalakkan tanggungjawab individu dan meningkatkan mutu kehidupan



MISI


  • Memupuk kerjasama dan sokongan padu masyarakat setempat terhadap perlaksanaan program kesihatan.
  • Memupuk penglibatan berterusan masyarakat setempat dalam aktiviti program kesihatan.

OBJEKTIF PENUBUHAN



OBJEKTIF PENUBUHAN

OBJEKTIF UMUM  


Memupuk semangat dan hubungan kerjasama yang baik antara anggota kesihatan dan masyarakat melalui komunikasi dua hala yang berkesan, ke arah menggalakkan penglibatan masyarakat dalam membantu meningkatkan taraf kualiti kesihatan semua.



OBJEKTIF KHUSUS 

  • Mempercepatkan dan mempermudahkan  penyebaran maklumat kesihatan yang tepat kepada masyarakat
  • Mengambilkira pandangan ahli masyarakat dalam perlaksanaan sesuatu aktiviti kesihatan supaya ianya bersesuaian dengan budaya setempat.
  • Mendapatkan maklumbalas yang tepat daripada masyarakat berkaitan masalah dan keberkesanan aktiviti yang dilaksanakan. 
  • Mempertingkatkan imej jabatan kesihatan pada pandangan masyarakat melalui pendekatan yang telus.